MINGGU KESEPULUH
Alhamdulillah. Bertemu lagi kita dalam ruang ini. Pada minggu ini aktiviti di dalam kelas amat berbeza kerana kumpulan kami iaitu kumpulan 2 melakukan pembentangan. Hal Ini amat mendebarkan saya. Selain itu, kami membentangkan tajuk kami iaitu Perisian Sumber Terbuka. Kumpulan yang menjadi juri adalah kumpulan 5 iaitu kumpulan Muhammad Amirul Fikri, Wan Fazilah dan juga Sunatul. Kami telah membentangkan dengan baik walaupun terdapat bebrapa masalah teknikal yang merencatkan pembentangan kami di samping fakta yang kurang tepat. Namun,pekara ini telah dibetulakn hasil tunjuk ajar Cik Mazalah. Seperti minggu sebelumnya, kami membuat beberapa soalan untuk dijawab oleh pendengar bagi menunjukkan bahawa pendengar focus ataupun tidak. Soalan yang terdiri daripada enam soalan mendapat sambutan yang baik. Selepas itu, kami mendengar komen daripada juri tentang pembentangan kami dan juga daripada Cik Mazalah. Alhamdulillah seegalanya lancar walaupun terdapat beberapa masalah. Selepas pembentangan kami telah diajar cara memindahkan maklumat tentang soslan soal selidik iatu keputusan soalan soal selidik daripada google sheet kepada microsof excel. Setelah itu, Cik Mazalah telah menerangkan tentang cara yang betul tentang cara pengiraan yang betul tentang keputusan soal selidik bagi memudahkan untuk membuat analisis data dan juga dapatan kajian yang diterangkan secara teliti oleh beliau. Selain itu juga, kami diberikan arahan untuk meneruskan laporan penyelidikan berdasarkan data yang diperolehi dengan cara berbincang dengan ahli kumpulan. Dan akhir sekali,kami diminta membuat refleksi di ruang refleksi di dalam weebly.
Sekian Terima Kasih.
Semoga Berjumpa Lagi di Minggu Hadapan.
Sekian Terima Kasih.
Semoga Berjumpa Lagi di Minggu Hadapan.